Thursday, 20 January 2011

Bubur Jagung Thaipusam

Aku nak mulakan entry dengan masakan BUBUR JAGUNG sempena cuti Thaipusam arini ^_^

Bahan2 :
Jagung (sila parut sesuka ati korang)
Ubi keledek (potong dadu)
Santan
Daun pandan
Sagu
Garam
Gula

Cara2 :
1) Rebus jagung yang diparut bersama sedikit air+daun pandan.

Ni rupa jagung yg diparut...jgn tanya aku brapa byk tongkol aku guna, ikut taste masing2...tapi dah nama BUBUR JAGUNG, pastikan kuantiti jagung lagi byk dari UBI KELEDEK hokey!!!

2) Ubi keledek tu, korang potong dadu dulu, then rebus dalam periuk berasingan, rebus kasi lembut tapi jgn lembik sgt. Dah siap, toskan. 

Cutekan...hehe

3) Meanwhile, korang leh la rendamkan sagu dalam sedikit santan utk proses pengembangan sagu. 

Aku tau korang mesti akan tanya, "Eh, naper tak guna air?" Erkk...suka ati aku la nak guna aper, dah aku yg masak. Tak...tak...hehe...Kalu nak guna air pun takpe, tapi aku guna santan coz senang aku nak lontarkan campuran santan+sagu dalam periuk nanti. 

Ni hasil sagu yang direndam dalam santan (gambar kiri). Aku rendam kejap jer, tak sampai 10 minit.

4) Berbalik kpd (1), once jagung dah kembang sket, leh la masukkan santan+campuran sagu tadi. Kacau sampai lenguh tangan :ppp

5) Bila sagu dah kembang btoi, baru la korang masukkan garam+gula secukup rasa. 

TIPS : Bila sagu dah berwarna putih jernih tu, kira sagu tu dah kembang. Tujuan diletakkan sagu utk pekatkan kuah.

Utk yg nak jaga kesihatan, leh letak sedikit SUSU SEGAR IDEAL. Pastikan kuantiti SUSU+SANTAN balance. Tapi if korang nak rasa lemak2 tu lebih sket, pastikan kuantiti santan tu lebih sket drp susu.

6) Ni hasilnya , TARAAAAAAAAAAA........, sila rasa terliur hokey!!!


SELAMAT MENCUBA....!!!

* Resepi ni takde sukatan, aku main campak2 jerk sesedap rasa, leh gitu....  ^_^

No comments:

Post a Comment